Home | About Us | Products | Services | Media | Career | Contact Us | Site Map  
Eurocopter Worlwide
 
Multimedia
Gallery
Information Exchange Menu
News & Updates
Brochures
Rotor Journal
Segera beli helikopter EC725
Monday, 17 August 2009 00:00

IPOH 16 Ogos – Usaha untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725 yang tertangguh diharap dapat disegerakan bagi mengelakkan negara menanggung kos yang lebih tinggi akibat kenaikan harga pesawat tersebut.

 

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, ia juga bagi mengelak giliran Malaysia semakin ke belakang serta mempercepatkan penukaran helikopter Nuri yang digunakan sekarang.

 

‘‘Selain Malaysia, negara lain turut berminat untuk menggunakan pesawat jenis ini, jadi jika kita lambat membuat pengesahan, giliran kita akan semakin lambat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyempurnakan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 41/09 di Institut Tentera Udara (ITU) di sini semalam. Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Bashir Abu Bakar serta Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Brigedier Jeneral Che Akmar Mohd. Nor.

 

Pada 28 Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembelian helikopter itu terpaksa ditangguhkan sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia. Menurut Azizan, TUDM akan menggunakan perkhidmatan helikopter Nuri sehingga 2015. ‘‘Penggantian Nuri perlu dipercepatkan kerana kita memerlukan Eurocopter dalam operasi-operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

 

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengingatkan anggota tentera supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang mencemar ikrar kesatria atau perintah angkatan tentera. Beliau juga menggesa anggota tentera menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya agar mereka tidak ketinggalan dalam sebarang bidang ilmu. ‘‘Jadilah golongan muda yang memberi imej bersih kepada anak muda di luar sana. Jauhilah diri daripada terjebak dalam gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan imej organisasi tetapi juga memudaratkan negara,” katanya.

 

Dalam pada itu, seramai 338 pelatih berjaya menamatkan latihan asas Perajurit Muda Siri 41/09 yang bermula sejak 11 Mac lalu.


 

Oleh HAMIMAH HAMID
Utusan Online

 

 


Disclaimer : Eurocopter Malaysia Sdn Bhd shall not be accountable for any liabilities, damages and losses suffered in relation to the publication of information in this website. It will also not be held responsible for any discrepancies or loss of data upon visiting or uploading pages, images, video clips or any other information contained in this website. This site is best viewed at 1024 x 768 using either Internet Explorer 5.0++ and Netscape Navigator 6.0++. This website also uses Adobe Flash.